Thursday, February 6, 2014

Masak-Masak: Popia Goreng Inti Sayur



 sebelum kawin saya tinggal di rumah sewa di Tasik Selatan.. member dlm 1 rumah ada 5 orang,  memang kawan 1 UUM.. so,kalo nak masak ape2 mmg kena masak banyak lah sbb ramai mulut kna suap.. heeeee.. so ada 1 hari tu member ada request nak makan popia goreng inti sayur.. maka, terjadilah popia goreng ni :)








Bahan-Bahan:
kulit popia 1 bungkus *pastikan kulit popia dikeluarkan dari peti ais 30min sebelum start keje.. kalo x nanti susah nak kopek kulit popia..leceh aihhhhhh
minyak masak untuk menggoreng
gam untuk gulung popia.. 1 sudu tepung gandum bancuh dengan 3 sudu air biasa

Bahan-Bahan Inti:
1 batang lobak merah ~ di sagat halus
1 ubi sengkuang ~ dipotong kecil
3 ulas bawang merah & 2 ulas bawang kecil ~ di tumbuk
daging ayam cincang ~ secukup rasa
gula dan garam secukupnya

Cara-caranya:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah & putih sehingga wangi
2. masukan inti daging ayam cincang dan goreng sebati
3. perasakan dengan garam dan gula
4. masukan lobak merah & sengkuang.. gaul rata
5. bila sayur dah lembut , boleh tutup api.. kemudian leh toskan inti supaya air daripada masakan inti tadi dapat di keluarkan
6. letak inti popia di tgh kulit dan gulung. pastikan hujung kulit popia diletakan gam yang kita dah buat td.
7. sedia untuk di goreng. tapi pastikan minyak betul2 panas ketika nak goreng popia. bila dah masukan popia dalam minyak, baru perlahankan api.

SIAPPPPPPP... selamat mencuba resepi yang super duper mudah ni :)





No comments:

Post a Comment