Hari tu saya dan hubby saje jalan2 di Bangsar Shopping Centre untuk cari tempat lepak sambil makan ringan2.. lepas parking kereta terus masuk Mall ni.. ternampak DOME.. malas nak pusing2, kami pon decide terus nak lepak sini je.. DOME ni memang terkenal dengan pelbagai jenis kopi yang sedap2... sebagai COFEE LOVER, saya memang suka sgtt lepak sini... heeee
Servis pon bagus.. kitaorang sampai-sampai je pelayan amik order dan xlama kemudian dah dapat makanan :)
AFFOGATO
Espresso+ aiskrim vanila.. ni hubby yang order..
HONEYCOMB GOLD CRUSH
saya order yang ni.. memang terbaik.. kena cuba order ni kalo ke DOME :) Memang sgt sedap
FISHERMAN`S PLATTER
hubby order yang ni.. kononya nak makan ringan2 je..tp portion dia memang bsr.. jenuh nak habiskan.. tp memang sedap dan sgt berpuas hati.. kalo order yang ni saja dan sharing berdua pon ok sebenarnya sebab potion dia bsr.. Dihidangkan dengan fresh garden salad, serta 3 jenis dipping sos..
Tempura Calamari
Jejari ikan
Battered Prawns
GOURMET CHICKEN PIE
Ada puff pastry atas chicken pie dan memang makanan ni memang sangat menyelerakan.. portion makanan ni pon memang besar dan tak dapat nak habiskan walaupon sgt sedappppp...
Kesimpulannya,makan di sini memang memuaskan hati... walaupon harga agak mahal sikit, tp berbaloi.. janji sedap kan? heeeeee
Terdapat 19 outlet di seluruh Malaysia merangkumi di Kuala Lumpur, Penang, Sabah dan Johor.
DOME BANGSAR SHOPPING CENTRE
G7, Ground Floor, 285 Jalan Maarof
Tel: 03-20924377
Website: http://www.domecafe.com.my
No comments:
Post a Comment