Friday, February 7, 2014

MASAK-MASAK: LEMPENG VS SAMBAL SARDIN

Petang tadi terasa bosan sebab suami tak de dengan saya... maka terjadilah juadah lempeng & sambal sardin untuk mengisi masa lapang yang sgt banyak ni... kebetulan pulak semua bahan memang dah sedia ada kt rumah ni.. lagi senanglah nak wat.. resepi pun ikot sesedap rasa... Kali ni saya wat lempeng biasa shj..





Resepi:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
3 sudu minyak masak
garam secukup rasa

Cara-cara memasak:
1. satukan semua bahan kedalam blander ~ kalo xde blander pon xpe, kaco guna tangan pon boleh
2. panaskan kuali leper dan masukan minyak masak
3. amik 2 senduk bancuhan dan ratakan atas kuali
4. apabila dah kekuningan, boleh lah dibalikan
5. Siap!!

dah siap lempeng, saya sambung pulak masak sambal sardin.. kebiasaanya saya suka makan dengan sambal ikan bilis.. tapi ikan bilis pulak tak de kat rumah.. nak kuar beli,malas lah pulak.. jadi, sardin pon sardinlahhhh... janji kenyang..heeee..

saya prefer guna jenama Ayam Brand untuk masak sambal sardin..



Bahan-Bahan:
1. 1 tin sardin
2. 2 ulas bawang merah kecik & 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
3. 1 buku bawang besar ( dimayang)
4. 3 sudu cili kisar
5. 3 biji cili api diketuk
6. sedikit sos cili
7. garam secukup rasa


Cara-cara memasak:
1. Tumis bawang kecik dan bawang putih sehingga wangi
2. Masukan cili kisar dan tunggu sehingga pecah minyak
3. Masukan sos cili dan kacau sehingga sebati
4. Masukan sardin dan sos dalam tin sardin. Kacau sehingga sebati. Perasakan dengan garam
5. Masukan cili padi dan bawang merah yang di mayang
6.Siap dan sedia di hidang




No comments:

Post a Comment