Friday, February 7, 2014
FOOD REVIEW: KACANG POOL HAJI MEDAN SELERA LARKIN BOMBA
Rasanya tak orang ramai luar yang tau mengenai makanan dambaan orang Johor ni.. tak lengkap kunjungan ke Johor kalo tak cuba juadah bernama KACANG POOL ni.. Macam suami saya, dia orang kedah.. Dia memang tak tau kewujudan kacang pool ni sehingga bila saya bawak dia dating makan kacang pool haji di Medan Selera Larkin Bomba ni.. Terus dia jatuh cintaaaa.. kalo datang JB, sure nak kacang pool.. harga pon murah..memang sesuai lah untuk makan bila2 masa sahaja..
OK.. Ape itu kacang pool?? Kacang Pool adalah kuah kacang istimewa yang dihidangkan di dalam mangkuk siap dengan telur mata separuh masak serta ada limau kasturi selain sekeping roti bakar buatan sendiri. Melihat hidangan yang ringkas, semua pasti tertanya-tanya apa keistimewaannya sehingga ia menjadi buah mulut pelancong yang datang ke JB.
Bahan yang di gunakan bagi menghasilkan hidangan yang lazat ini sangat ringkas je... ianya hanya menggunakan kacang parang dan dimasak dengan campuran daging serta rempah ratus.
Yang paling best,hidangan kacang pool ini tidak menggunakan garam, gula atau ape2 perasa tambahan lain kerana semua nya dah ada dlm rempah ratus yang digunakan.
Jika memesan kacang pool,ia akan didatangkan bersama roti bakar yang lembut dan tebal hasil air tangan Haji K Pool... Cara menikmatinya adalah dengan menggaulkan kacang pool bersama telur mata separuh masak dan perahan limau kasturi.. Kemudian kita amik roti tu dan cicah dengan kacang pool.. memang super duper nyummyyyyyy!!!
Kacang Pool Haji terletak di Medan Selera Larkin, sebelah Balai Bomba Larkin, Johor
Labels:
FOOD,
JOHOR BAHRU,
KACANG POOL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment