Saturday, February 8, 2014

FOOD REVIEW: MEDAN MUARA IKAN BAKAR, TANJUNG HARAPAN



Salah seorang my BFF ajak kami semua makan di restoran ni.. ni memang pertama kali saya cuba makan di tempat ni.. boleh dikatakan restoran ni agak femes gak di kalangan orang KL.. sampai sampai je tgk penuh kereta.. nak parking pon kena jauh sikit.. restoran ni memang luas dan dapat memuatkan ramai orang dalam 1 masa... mujurlah time kami sampai tu masih ada meja kosong yang menghadap laut.. baru syok makan sambil layan angin malam... heeee




sampai je ke restoran terus kena pilih sendiri makanan laut yang kita nak






Antara lauk pauk yang kami dah order :)

Alhamdulilah kami semua makan dengan happynya.... sebab seafood dia memang fresh dan masakan nya pon sedap... memang puas hati.. :)






FOOD REVIEW: BANGSAR SEAFOOD GARDEN RESTAURANT


Salah satu restoran cina halal kegemaran saya ialah di sini lah.. Restoran dua tingkat ini cantik, luas dan sesuai untuk makan besar sempena Raya Tahun Baru Cina..Walaupon hidangan yang di sediakan adalah keturunan cina, tapi ianya sesuai gak untuk selera orang melayu kita.. jom layan gambar makann :)




CHILLED ALOE VERA
memang nyamannnnnn :)

PROSPERITY COMBINATION

 WORK FRIED FRAGRANT RICE WITH BABY ABALON
ni nasi goreng.. nampak je biasa dan hitam, tetapi sgt sedappp ok.. tak cukup portion dalam mangkuk kecik tu..


DRIED SCALLOP ON BEANCURDRING
sangat sangat sedap.. tak pernah jumpe hidangan mcm ni kat restoran cina muslim yang lain

WORK FRIED PRAWN WITH OATS PORTUGUESE STYLE
ni pon sedappppppp... nyummmm

BRAISED CHICKEN WITH SEA CUCUMBER AND DRIED OYSTER

SHARK FIN SOUP WITH CRAB ROE

JADE ABALONE AND SALMON YEE SANG
benda wajib order kalo nak raikan CNY



harga semua makanan.. heeeeee.. 

Makan di restoran ni memang sangat sedap.. sangat sangat sedap... dalam banyak banyak restoran cina yang pernah pergi, restoran ni memang paling terbaik lah.. 

63, Jalan Ara
Bangsar, 59100
Kuala Lumpur

Tel: 03: 2282255


Friday, February 7, 2014

MASAK-MASAK: CHOCLATE CHOCLAIRS MUFFIN

dulu sebelum kawin memang agak rajin lah membaking perlabagi jenis makanan.. lagi2 bila ada housemate yang lagi 4 orang tu.. dorang lah tukang makan bila saya masak2.. heeeee.. tak pon bwk g ofis untuk jamu geng2 kaki makan... sekarang ni sejak dah dok JB, jarang sangat mem baking ni... salah 1 yang saya suka buat ialah muffin.. sebab senang nak makan dan jamu orang.. bagi je sorang 1.. tak payah nak potong2...

Hari ni nak sharing salah 1 resepi yang saya amik dari YANI DECO CHOCO Resepi ni pon agak mudah untuk saya ikot kerana tak rumit dan sesuai lah untuk orang yang tak berapa mahir mcm saya ni.. heee
Yang paling teruja sebab resepini menggunakan salah 1 gula gula coklat kegermaran saya, CHOCLAIRS.. nyummmm...



Bahan-Baham:

  • 200gm tepung naik sendiri
  • 20gm serbuk koko
  • 2 biji telur
  • 45gm gula perang
  • 45gm gula kastor
  • 100gm mentega
  • 100ml susu segar
  • 50gm coklat chips
  • 10-15 biji coklat (dipotong 4)





Cara-Cara:

  1. Ayak tepung dengan serbuk koko.Panaskan oven sehingga suhu 170 degree
  2. Pukul gula dengan mentega sehingga lembut. Masukkan telur sedikit demi sedikit. Pukul lagi 2-3 minit
  3. Kemudian masukan 1/3 tepung yang dah di ayak tadi. Kacau adunan itu
  4. Masukkan 1/2 susu segar dan kacau adunan lagi. Ulang lagi kemudian masukan tepung kemudian susu. Akhir sekali masukan balance tepung
  5. Masukan pula coklat cip dan Choclairs. Kacau rata adunan tersebut
  6. Sudip kan adunan ke dalam muffin cup. Masukan dlm 3/4 daripada cup tersebut
  7. Bakar selama 15-20 minit sehingga masak



tadaaaaaaaaa... ni lah hasilnya... hehehehehe... cantik je muffin ni naik.. boleh tabur ape ape atas muffin ni untuk hiasan.. terpulang pada selera masing masing.. muffin ni agak chewy sikit.. yang penting rasanya sedappp... Sila lah cuba yer... mudah je :)

FOOD REVIEW: WAHAB`S CENDOL, THE BEST CENDOL IN TOWN


Panas-panas ni memang best kan kalo dapat hirup cendol.. lagi2 kalo cendol tu jenis lemak manis dan tak cair.. memang nikmattt kan.. heeeee.. kalo saya teringin nak makan cendol, sure akan ajak hubby ke Wahab Cendol di Taman Sri Rampai.. Tengok dia punya nama lah, Wahab Cendol:The Best Cendol in Town , memang btol lah.. memang sgt sedapppp!!! tak heran lah kalo kedai ni sentiasa penuh... Siap pernah masuk dalam JJCM TV3 lagi...memang terbuktilah sedapkan....



CENDOL DURIAN
Look tempting kan... terliur-liur bila terkenangkan cendol yang saya makan hari tu.. 


Cendol kat sini ada pelbagai jenis.. memang rambang mata nak pilih yang mana 1.. Banyak sangat pilihan.. selain cendol ada pelbagai jenis hidangan gak seperti ABC, pesembur,rojak,mee rojak, nasi ayam, mee goreng dan macam macam lah.. Tepuk dada tanya selera :)


WAHAB CENDOL: THE BEST CENDOL IN TOWN
43, JALAN RAMPAI NIAGA 5
WANGSA MAJU,KUALA LUMPUR

Tel: 03:2528005

FOOD REVIEW: HAYAKI CAFE @ PLATINUM WALK

Bila saya dan suami teringin nak makan masakan ala-ala kelantan, sure akan terpikir Hayaki Cafe...Restoran ni merupakan restoran 24 jam dan salah satu cawangan yang mudah untuk kami datang ialah di Danau Kota.. betul betul depan Uptown Danau Kota..

Antara hidangan yang kami order... nyummmm

Nasi Kerabu Ayam Percik RM10.90
Hidangan yang wajib cuba kalo berkunjung ke Hayaki Cafe.. memang super duper nyummmyyyy... portion hidangan ni memang bsr..tp ku gagahi jugak makan sampai sampai licin kerana keenakan hidangan ni.. nyummmmmmm :)

Chicken Chop Black Papper RM9.90
Suami saya yang order hidangan ni.. Pendapat saya, hidangan ni biasa biasa aje.. tak menarik perhatian..Rasanya western bukan kepakaran dorang kot.. Tak berbaloi untuk dicuba

PULUT MANGGA RM5.50
Kami sharing pulut mangga ni.. memang sedap dan puas hati.. cuma sayangnya, bila nak order asyik habis je... sebab banyak permintaan kot.. 

 Yang menariknya kat sini sebab walaupon masakannya ala-ala kelantan, tetapi pengunjung nya terdiri daripada pelbagai bangsa selain melayu.. maksudnya memang sedap lah kan hidangan kat sini... heeeee
Harga pon standard je.. tak mahal sangat dan tak murah sangat.. Ruangan kedai pon bersih dan selesa.. Siap ada WIFI percuma.. 

HAYAKI CAFE 
87-G, PLATINUM CAFE
NO.2 Jalan Langkawi,
Setapak, Kuala Lumpur

FOOD REVIEW: KACANG POOL HAJI MEDAN SELERA LARKIN BOMBA




Rasanya tak orang ramai luar yang tau mengenai makanan dambaan orang Johor ni.. tak lengkap kunjungan ke Johor kalo tak cuba juadah bernama KACANG POOL ni.. Macam suami saya, dia orang kedah.. Dia memang tak tau kewujudan kacang pool ni sehingga bila saya bawak dia dating makan kacang pool haji di Medan Selera Larkin Bomba ni.. Terus dia jatuh cintaaaa.. kalo datang JB, sure nak kacang pool.. harga pon murah..memang sesuai lah untuk makan bila2 masa sahaja..

OK.. Ape itu kacang pool?? Kacang Pool adalah kuah kacang istimewa yang dihidangkan di dalam mangkuk siap dengan telur mata separuh masak serta ada limau kasturi selain sekeping roti bakar buatan sendiri. Melihat hidangan yang ringkas, semua pasti tertanya-tanya apa keistimewaannya sehingga ia menjadi buah mulut pelancong yang datang ke JB.

Bahan yang di gunakan bagi menghasilkan hidangan yang lazat ini sangat ringkas je... ianya hanya menggunakan kacang parang dan dimasak dengan campuran daging serta rempah ratus.

Yang paling best,hidangan kacang pool ini tidak menggunakan garam, gula atau ape2 perasa tambahan lain kerana semua nya dah ada dlm rempah ratus yang digunakan.




Jika memesan kacang pool,ia akan didatangkan bersama roti bakar yang lembut dan tebal hasil air tangan Haji K Pool... Cara menikmatinya adalah dengan menggaulkan kacang pool bersama telur mata separuh masak dan perahan limau kasturi.. Kemudian kita amik roti tu dan cicah dengan kacang pool.. memang super duper nyummyyyyyy!!!

Kacang Pool Haji terletak di Medan Selera Larkin, sebelah Balai Bomba Larkin, Johor





Avillion @ Port Dickson part 2

selepas dah sarapan pagi,kami suami isteri sangat excited nak jalan2 area Avillion ni..heeeeeee.. time ni jelah kami nak g jalan2 sebab semalam kami dah chek in lambat.. dah lah lanskap kat Avillion ni lawa2... rugi je kalo tak cuci mata... heeeee.. so jomm kita sambung cuci mata :)

permandangan di kawasan water chalet

cepatlah hubbyyyy kita g jalan2.. hehehehehe.. 

first sekali kami morning walk di private beach Avillion


sakan laki i tu silang kaki sambil enjoy dengan pemandangan pantai.. heeee



lepas tu kami lepak pulak kat salah 1 kolam renang area water chalet.. tu laki i tu tgh pikir nak terjun ke tak dalam kolam.. heeee

kolam renang khas untuk penduduk water chalet

ni salah 1 aktiviti yang seronok nak buat di Avillion..

 arnab arnab ni sangat jinak



 cik cik arnab menyerbu laki ku dengan rakus.. hehehehhe



salah 1 taman di sebelah kolam renang kanak kanak

haaa yang ada anak-anak kecil tu boleh lah bawak budak budak tu main main air di sini..

Ni Spa atas laut..mesti nikmat je dapat wat facial atau massage kat sini kan.. tapi mahal sgt lah.. :(

tempat2 berehat di SPA :)

Selain berenang, bermain main dengan haiwan jinak dan ke spa, ada banyak gak aktiviti yang boleh kita wat sepanjang di Avillion.. seperti jungle tracking,memancing dan sukan air.. pendek kata sepanjang penginapan di Avillion tu,kita tak bosan lah.. tak perlu pon nak keluar dari hotel.. memang tak cukup tinggal 2 hari 1 malam... teringat2 sampai sekarang.. :)


AVILLION PORT DICKSON
3rd Mile Jalan Pantai, 71000,
Port Dickson, Negeri Sembilan